Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Resipi Char koew teow "Simple"

Hi saudara dan saudari semua.. resipi ini adalah hasil dari rekaan sendiri , pengalaman bekerja sebagai kuli tukang masak semasa zaman sekolah dan hasil dari ramuan rakan-rakanku yang ramai bekerja sebagai chef di hotel terkemuka.
Resipi ini dipermudahkan untuk mereka yang begitu sibuk dan berasa susah untuk membuat kicap masakan rahsia yang selalunya menggunakan perkataan gula 2 kati, garam 2 kati, ajinomoto 1 kati, biskut 1 kati dan sebagainya..
Untuk pengetahuan semua, rahsia char koew teow paling tersedap di Penang ialah "biskut lenga@bijan yang dimesin bersama cili kering" ..maka kita gantikan dengan 1 titik minyak bijan..itulah rasionalnya.
Di sini kita tidak memerlukan ajinomoto.. gunakan semua bahan yang bertulis "free MSG"..

Sepanjang pengalaman bekerja sebagai kuli di perusahaan kedai makan..Saya menasihati agar kita semua sebolehnya elakkan dari makan di luar memandangkan mereka menggunakan ajinomoto yang begitu banyak sekali dalam bahan masakan..lebih-lebih lagi bihun sup dan char koew teow.

Selain itu, harganya pon agak begitu mahal dan kerat leher sepinggan lebih kurang RM3.50..semoga ilmu ini memberi manafaat kepada saya dan anda semua.. selamat mencuba.



Bahan-bahan Resipi Char koew teow mudah untuk seorang makan


3 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 titik minyak bijan

"Di atas adalah SOS"

1 sudu stock ayam free msg @ 5 sudu air rebusan udang
1 sudu cili boh
1 genggam kecik koew teow
1/2 genggam kuchai
1/2 genggam taugeh
1 sudu bawang putih
1 biji lada hitam (hancur)
3 sudu minyak masak
3 ekor udang
1 biji telor ayam

Cara menggoreng

Panaskan 3 sudu minyak masak
Masukkan 3 ekor udang dengan api yang kuat
Perlahankan sedikit api masukkan 1 sudu bawang putih + 1 biji lada hitam (hancur)
Selepas 10 saat masukkan 1 sudu cili boh.
Kuatkan api dan masukkan 1 genggam kecik koew teow dan gaulkan macam tukang masak ketung ketang ketung ketang..
10 saat kemudian masukkan "SOS" kendian 1 biji telor ayam
1 sudu stock ayam free msg @ 5 sudu air rebusan udang (ikut suka korang kalau nak banjir)...jangan lama sangat ..taruk 1/2 genggam kuchai dan 1/2 genggam taugeh ...terus angkat dan hidang lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...