Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Apa pandangan anda berkenaan Bersih 2.0 ?


Ini adalah sebahagian dari comment di Facebook hasil "percambahan fikiran"

Aku tak sokong "Bersih" yang jelas mengancam keselamatan negara.. Kita ada internet gunakan internet sepenuhnya..tapi kerajaan jangan sekat laman web ..

Mahmoud Ahmadinejad menang dalam pemilihan president sebab diorang edarkan VCD sebagai kempen. Sekiranya menyokong "Bersih" apa salahnya bikin satu VCD dokumentari yang mengandungi fakta yang mampu mempengaruhi rakyat untuk menilai..altern...atif zaman sekarang gunakan media langsung dan tak langsung ..cthnya vcd, youtube, filesharing dan sebagainya..Jadi kalau kerajaan menyekat semua kaedah ini jelas menunjukkan kerajaan mahu menyembunyikan kebenaran fakta.

Kebebasan bersuara dalam perhimpunan reaitinya tadak ..dalam perlembagaan ada..tapi dalam Akta Polis plak kena Permit..Jadi gunakanlah kemudahan IT yang ada..lagipon memang aku sokong takperlu perhimpunan2 ni..menjejaskan lalulintas, perniagaan dan merugikan semua..celah2 tu ada kutu buh bom kat tengah ..pakat mampoih sekoq2..macam kat LIbya..

Apa cerita pon bila nak buat sesuatu benda kita semua mesti berfikiran jauh ke hadapan..Kita perkasakan teknologi ICT yang ada..contoh2 negatif dah ada , seperti yang berlaku di negara2 arab dan afrika sekarang ni..rusuhan mendatangkan keuntungan pada orang luar yang hanya menunggu masa kita berpecah belah..

aku dari awai lagi dok nampak ma*** buat survey..tapi bagus gak supaya kita bleh cambah idea kat sini ..Pada aku jangan bimbang ..tukar parti tuhan tak marah ..tapi kalau tukar agama = murtad ..tuhan cukup marah.. Nampaknya cara insani ada...lah tidak menunjukkan kecekapan yang tinggi..hasil perhimpunan yang tidak restui akan menyebabkan kerugian duit rakyat ..perniagaan, lalulintas dan sebagainya terjejas..berapa banyak elaun yang perlu dibayar untuk penjawat awam (PDRM) dalam mengawal perhimpunan tersebut, duit semburan bahan kimia, gas pemedih mata dan sbg..Mari kita bertukar ke arah ICT..sebarkan fakta sebenar "Bersih" di internet.

duit "rakyat" dihabiskan oleh "rakyat" dengan cara tidak berhemah..atau "rakyat" cetek ilmu sehingga tidak mampu untuk mendapatkan fakta yang benar dan diblogkan? Penyelesaian ke arah kebebasan bersuara dapat dilakukan dengan menukar kepimpinan baru yang mempunyai majoriti kuasa untuk meminda AKTA..tak perlu nak buat perhimpunan ..perhimpunan mendatangkan masalah..untung sikit dan ruginya banyak..

Kita kena berfikiran jauh..pandangan kena jauh terhadap kesan perlakuan yang kita lakukan..itu untungnya bermain game strategi..sebenarnya banyak lagi kaedah yang lebih berkesan untuk menyampai sesuatu..kita adalah majoriti..insyallah tauke...h gula pon boleh bankrup kalau kita mogok gula sebulan..British pernah gentar dengan Ghandi sebab rakyat India mogok garam..Kalau boleh faham maksud Baja ..fahamlah anda..Baja kini sedang mencuci otak anak2 sendiri supaya faham dengan permainan alam..amin..pendapat ini hanyalah untuk kegunaan sebagai cara untuk kita mencipta kaedah atau alternatif yang lain dalam ingin menyampaikan sesuatu..gud luck ..setakat ini comment baja ..harap2 ma**** dapat mendosirkan pandangan kami semua..

Realitinya aku memang tak sokong langsung dengan idea "BERSIH" di jalanan..hormati pendapat aku..harap maklum..masing perlu mempunyai kebebasan memberikan pendapat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...