Wawasan 2020
2020 adalah wawasan negara maju..
Sebelum memulakan ..
Aku adalah rakyat..Aku bukan ahli mana2 parti pembangkang.. PAS, DAP, PKR dan sebagainya..
cuba selami fikiran aku dan rakyat2 yang lain..
Majoriti fikiran kami adalah sama..Dalam kehidupan harian kami semuanya perlukan wang..kami tidak punyai elaun untuk dituntut..
Untuk menangi hati kami haruslah diselami hati kami..
Apa itu negara maju?
Negara maju selalunya dikatakan negara yang mewah sehingga PR dan warganegara mendapat pelbagai kemudahan elaun sara diri dan pendidikan dari pemerintah tanpa mengira agama dan bangsa.
Itu adalah negara maju..
Target ..2020
Malamni benak otak pikiran yang bodoh melayang ke arah masa depan..memandangkan aku dan isteri aku telah membuat keputusan untuk tinggal di satu kawasan kejiranan yang baru pada tahun hadapan ..
Insyallah sebuah penempatan baru yang sosialnya bakal dibangunkan oleh kejiranan yang baru...
Keputusan yang drastik telah aku ambil bersama isteri untuk membatalkan niat membina kediaman di atas tanah aku di kampung..tanah yang aku beli dengan loan bank..riba yang berakad..Hal ini belaku akibat
rentetan dari isu kitadakakuran hukum faraid oleh mak menakan,pak menakan dan sepupu aku dalam pembahagian tanah pusaka..
Selain itu, aku sebagai tuan tanah pon tidak diberitahu tentang penukaran penama geran yang kedua..dan pejabat tanah pon tidak memaklumkan kepada aku tentang geran aku secara otomatik tak sah..
Mereka,
walaupun mereka adalah orang yang berpendidikan agama ..ada yang memiliki ijazah syariah, ada yang menjadi hakim syariah dan ada juga di kalangan mereka adalah bekas ulama negeri bawah bayu hasil ilmu dari negara arab.
Ulamak jahat bukti akhir zaman..waspada jangan kita fanatik dengan mana2 parti politik kerana terpengaruh dengan ilmu agama mereka. 90% daripada mereka adalah penentang kepada sekular. Mintak maaf adik beradik..bukan aku nak malukan kamu semua..ini adalah realiti.
Aku lebih suka tinggal dalam kelompok sekular dan agama yang sederhana bak kata esok nak mati dan cari duit macam hidup selamanya..
Namun, pada tahun 2020.. aku hanya mengharapkan negara kita telah maju..mampu memberi elaun sara hidup dan pendidikan yang percuma kepada seluruh rakyat seperti mana amalan negara2 maju.
Apa yang aku nampak generasi aku pada zaman sekarang yang akan menentukan samada negara kita akan menjadi negara maju menjelang 2020 ini..
Nampaknya menjelang 2020 yang aku nampak barang asyik naik, rakyat nak belajaq pon kena buat pinjaman, cukai naik macam2, rakyat makin bodo, surat khabar banyak iklan dan berita2 pengalih perhatian, rasuah sana sini..
kira benda negatif yang dok banyak menjelang 2020..
Kalau 2020 tak jadi negara maju..sapa yang perlu dipersalahkan ?
Sepatutnya negara kita bagi elaun bulanan kepada semua rakyat termasuk pendidikan percuma seperti negara2 maju..2020 -2011 = 9 tahun ke arah negara maju..9 tahun lagi kalau tak jadi negara maju jugak.. Rakyat sudah salah pilih parti selama puluhan tahun..kalau berjaya menjadi negara maju..maknanya rakyat telah memilih parti yang betul..renung2kan lah..
Cadangan aku pada diri sendiri ialah dalam masa 9 tahun ini teruskan menyokong BN.. Sekiranya pada tahun 2020 negara kita masih tidak mendapat status negara maju..fikirlah sendiri..nak terus sokong atau tidak?
AKu amat berharap generasi anak2 aku tidak akan mengalami apa yang aku alami pada zaman sekarang..2020
Kesimpulannya aku ingin memberi pendapat aku yang belajar rendah ini kepada yang membaca atau individu yang mencari sources samada dari kalangan pengumpul data kerajaan atau persendirian untuk rujukan :
1. Patutnya kerajaan tarik semua yang kononnya subsidi..tetapi semua rakyat negara kita yang berbilang bangsa dan agama perlu diberi elaun sara diri dan pendidikan ...itu adalah hak keistimewaan warganegara berbanding dengan warganegara asing..
2. Gaji kakitangan swasta dan penjawat awam tidak perlu dinaikkan ..tetapi kenaikan gaji tahunan dinaikkan dan gaji mati dinaikkan lagi. (Penyedia barangan dan perkhidmatan takkan berpeluang mendengar lagi isu kenaikkan gaji selepas itu)
3. Harga minyak dinaikkan .."wajib punk" kos pengangkutan akan naik dan secara otomatik harga barang akan naik..(mari kita lihat kebangapan generasi tua yang nyanyuk tipu budak cerdas).
4. Ketidak mampuan tua nyanyuk dalam menangani penyedia perkhidmatan dan barangan menaikkan harga sesuka hati. (cukai naik dan minyak naik ..mereka meletakkan beban ke atas pengguna..dan mereka akan menjadi lebih kaya dan kaya ..maka yang miskin akan lebih miskin lagi). kesimpulan kecil negara kita dan penyedia perkhidmatan dan barangan menjadi lebih kaya raya..
Labels:
wawasan 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment