Resipi Koew Teow Kerang "Simple"
Hi saudara dan saudari semua.. resipi ini saya dapat semasa masih di bangku sekolah dari Pak Ali dan Arwah Abang Pa.. koew teow mereka memang lagenda di Sg.Petani pada masa yang lalu..
Resipi ini dipermudahkan untuk mereka yang begitu sibuk dan berasa susah untuk membuat kicap masakan rahsia yang selalunya menggunakan perkataan gula 2 kati, garam 2 kati, ajinomoto 1 kati, biskut 1 kati dan sebagainya..
Di sini kita tidak memerlukan ajinomoto.. gunakan semua bahan yang bertulis "free MSG"..
Sepanjang pengalaman bekerja sebagai kuli di perusahaan kedai makan..Saya menasihati agar kita semua sebolehnya elakkan dari makan di luar memandangkan mereka menggunakan ajinomoto yang begitu banyak sekali dalam bahan masakan..lebih-lebih lagi bihun sup ,char koew teow dan koew teow kerang.
Selain itu, harganya pon agak begitu mahal dan kerat leher sepinggan lebih kurang RM3.50..
Anda perlu ingat ..para usahawan kini sedang meletakkan beban kos dan keuntungan ke atas pengguna dengan harga yang tidak munasabah..
semoga ilmu ini memberi manafaat kepada saya dan anda semua.. selamat mencuba.
Saya anggap ilmu ini adalah sebagai sedekah saya kepada semua.. dan ramai lagi rakyat² Malaysia yang lain sudi bekongsi ilmu dengan "opensoure" supaya kita semakin hari mempunyai kuasa membeli yang tinggi ..amin.
Bahan-bahan koew teow kerang mudah untuk seorang makan
3 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 titik minyak bijan
1 sudu air halia
"Di atas adalah SOS"
1 sudu stock ayam free msg
1 sudu cili boh
1 genggam kecik koew teow
1/2 genggam kuchai
1/2 genggam taugeh
1 sudu bawang putih
1 biji lada hitam (hancur)
3 sudu minyak masak
x ekor kerang (ikut suka hati)
1 biji telor ayam
Cara menggoreng
Panaskan 3 sudu minyak masak
Kuatkan api dan masukkan 1 sudu bawang putih + 1 biji lada hitam (hancur)
Selepas 10 saat masukkan 1 sudu cili boh.
Kuatkan api dan masukkan 1 genggam kecik koew teow dan gaulkan macam tukang masak ketung ketang ketung ketang..
Masukkan beberapa ekor kerang mengikut suka hati anda
10 saat kemudian masukkan "SOS" kendian 1 biji telor ayam
1 sudu stock ayam free msg (ikut suka korang kalau nak banjir)...jangan lama sangat ..taruk 1/2 genggam kuchai dan 1/2 genggam taugeh ...terus angkat dan hidang lagi..
Labels:
online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment