Semasa bertugas di daerah Baling dan Sik persepsi aku telah berubah terhadap masyarakat di sana..
Ini kerana masyarakat di sana majoritinya adalah fanatik kepada parti Politik..
Namun begitu , semalam persepsi aku juga telah berubah terhadap rakan-rakan setugas di tempat kerjaku..
Pada tarikh 18.07.2011 semasa berada di tanah perkuburan..Seorang individu yang dikenali oleh masyarakat turut berada di situ.. kiranya ada pangkat dalam umno.
Salah seorang kenalan satu tempat kerja yang berpangkat HAJI..telah menyatakan, "takkan nak pi salam kot..gheja mengarut..kita orang PAS"...
Ini seorang ahli fanatik PAS..
Minggu lepas seorang jiranku ..telah menyatakan, " biaq p kat depa..orang-orang pembangkang..jangan bagi masuk mini tar kat kawasan depa..lagipon depa lawan kerajaan"..
3 tahun lepas di Baling..."dema ni orang Umno kalau surau PAS memang tak gi"..(orang PAS).. sama la jawapan dengan orang Umno..
Cuba renungkan..walaupun rakyat Malaysia umumnya adalah terdiri dari pelbagai agama..
namun, kita dapat berkomunikasi dan bergaul dengan harmoni..
Jelas di sini terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bodoh terlalu fantik kepada Parti Politik..
Namun dari aspek agama pula open minded..
Ingat ..tukar agama Islam ke agama yang lain = Murtad.
Tukar parti Politik = ?
Pada aku berpolitik tidak menyalahi dari segi hukum agama..
Jangan pula berbeza politik kita bermusuh..sedangkan berbeza agama pandai pula kita berharmoni..
Pada aku ..jadikan panduan kita...hormatilah individu2 yang berlainan politik dengan menganggap mereka adalah saudara sesama Islam..
sedangkan dengan ahchong dan muthu pon kita masih boleh berkomunikasi..dan menjadi pelanggan mereka..
Daripada hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi..." حب لأخيكَ ما تحِبُّ لنفسكَ " yang bermaksud: sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri..
No comments:
Post a Comment