Sebelum membuka Akaun diPaypal..anda perlu menghayati bacaan di bawah ini..Selamat membaca.
Membuka Akaun Paypal
1. Bagaimana nak membuka akaun Paypal?
Anda boleh membuka akaun Paypal di dengan mengklik logo di bawah ini.
2.Berapakah yuran Paypal?
Ianya adalah percuma.Namun setiap wang yang anda terima akan dipotong sebagai
fee terhadap transaksi.
3.Adakah saya dicaj untuk menghantar wang melalui Paypal?
Tidak. Menghantar wang melalui Paypal tidak dikenakan sebarang yuran atau
caj. Hanya wang yang diterima oleh penerima akan tolak sebagai fee/yuran bagi
Paypal.
4. Apakah syarat untuk buka akaun PayPal?
Syaratnya,anda tinggal dalam Negara/mempunyai alamat di Negara yang
dibenarkan untuk mengunakan PayPal. Malaysia termasuk didalam senarai
menerima dan mengeluarkan wang dengan mengunakan kad debit atau kad
kredit atau mengunakan bank US.
5. Saya menerima wang dari kawan. Tapi saya tidak boleh menerima wang
tersebut. Apa yang harus saya buat?
Anda perlu mempunyai akaun Paypal yang verified untuk menerima wang
tersebut.
6.Bagaimana pula nak verified akaun Paypal saya?
Anda perlu memasukan nombor kredit kad atau debit kad anda ke dalam akau
tersebut. Anda boleh mengunakannya setelah berjaya memasukkan nombor
tersebut. Akaun tersebut belum verified namun ia sudah boleh digunakan untuk
menerima wang dengan Paypal. Anda mempunyai masa 30 hari untuk verified
akaun anda sebelum wang yang diterima akan dikembalikan kepada
pembayar/pembeli.
7.Adakah ia akan dicaj pada kad tersebut?
Ya. Anda akan dicaj sebanyak USD1.95. Namun,ia akan dipulangkan kembali
setelah anda memasukkan 4 nombor pengesahan yang akan dihantar pada
penyata kad kredit/ kad debit anda.
8.Perlukah saya mempunyai akaun bank US?
Tidak perlu. Jika ada lebih bagus kerana anda boleh memasukan terus ke dalam
akaun tersebut. Ini adalah lebih selamat dan mudah dalam jangka masa yang
panjang.
9.Saya ada akaun Standard Chartered. Ia adalah bank US. Bolehkah ia
digunakan?
Tidak. Standard Chartered walaupun adalah bank dari US. Anda tidak boleh
mengunakannya di PayPal. Ini adalah kerana polisi Bank Negara Malaysia yang
menghalang pengaliran keluar wang tanpa kawalan. Ia dibawah pengurusan
yang berlainan.
10. Saya ada Debit Card. Tapi tak boleh masukkkan nombornya di Paypal.
Kenapa?
Hanya debit kad tertentu sahaja yang boleh digunakan. Pastikan terlebih dahulu
dengan Bank tersebut samada ia boleh digunakan bagi transaksi online atau
tidak.
11. Kad Debit bank mana yang boleh untuk transaksi online?
Kini hanya 3 bank sahaja yang boleh untuk transaksi online iaitu Public Bank,
Aliance Bank dan Ambank. Debit kad dari selain bank ini tidak boleh digunakan
secara online.
12. Bagaimana pula Kad Kredit?
Kebanyakan Kad Kredit boleh digunakan untuk transaksi online. Jadi tiada
masalah buat mereka yang mempunyai kad kredit. Jika anda tidak mampu/ tidak
layak memiliki kad kredit, kad debit sudah memadai.
Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya bagi membuka akaun Paypal.
Seterusnya persoalan bagaimana menguruskan akaun Paypal.
Diolah dari sumber ebook filehoster.
No comments:
Post a Comment